Zaman Jahiliah sudah kembali, tetapi manusia masih leka mengejar dunia materalistik...seronok katanya..duit banyak boleh lakukan pelbagai aktiviti....tak tahu nak bezakan mana yang halal dan haram...salah satu cerita yang tidak asing lagi berkaitan dengan bayi...bukan bayi yang menjadi kesayangan tetapi bayi kesunyian dan kesengsaraan...
Dan pagi ini juga bagi kali yang entah ke berapa masyarakat dikejutkan dengan berita penemuan mayat bayi dalam plastik sampah. Kalau tidak silap baru 2 hari lepas mayat seorang bayi di temui di dalam tandas di sebuah sekolah.
Kalau direnungi secara mendalam, sebenarnya umat manusia secara sedar atau tidak sudah mula kembali ke zaman Jahilliyah. Apa yang sebenarnya di maksud dengan Jahiliyyah ni? Wikipedia menerangkan istilah Jahiliyyah seperti berikut:
Dari segi bahasa, jahiliyah merupakan perkataan yang diambil daripada kata dasar jahala dan kata terbitan jahlun yang bermaksud bodoh dan sesat atau jahil. Yang dimaksudkan di sini ialah Masyarakat Jahiliyah di Semenanjung Arab 1500 tahun dahulu iaitu masyarakat yang mundur dari segi akhlak dan sosial.
Ayat tersebut menyatakan bahawa istilah Jahiliyah itu membawa maksud kekufuran, keangkuhan dan kebodohan dari segi ilmu pengetahuan kerana golongan Arab Jahiliyah tidak ramai yang tahu membaca dan menulis yang merupakan asas kepada ilmu pengetahuan. Keadaaan buta huruf dikalangan masyarakat Arab ketika itu adalah amat berleluasa. Dengan ketiadaan nabi dan kitab suci yang boleh menjadi petunjuk, mereka menjadi lebih sesat dan tidak berakhlak. Pada zaman Jahiliyah, nilai kepercayaan dan moral orang Arab adalah amat rendah kerana tiada seorang nabi yang diutuskan untuk memberi petunjuk dan tiada satu kepercayaan agama yang dapat membawa kepada kesejahteraan manusia di dunia dan akhirat.
Majoriti masyarakat Arab adalah menyembah berhala atau kekala dengan kepercayaan animisme. Pada ketika itu orang Arab membina patung-patung berhala dan menyembahnya. Mereka juga membina patung tersebut untuk dijual untuk ditukar dengan barang dagangan yang membawa keuntungan. Terdapat juga di kalangan mereka yang percaya kepada animisme iaitu dengan memuja dan menyembah kejadian alam seperti bulan, matahari, bintang, binatang, pokok, roh dan lain-lain lagi. Suasana yang berlaku ini menunjukkan kepercayaan masyarakat Arab penuh dengan unsur-unsur mitos dan tahyul.
Keadaan akhlak dan moral masyaakat Arab jahiliyah juga adalah amat buruk. Mereka mempunyai sikap yang tidak sopan dan tidak berperikemanusiaan, ada dikalangan mereka yang sanggup bertukar isteri dan mengahwini ibu dan bapa sendiri. Malah ada yang sanggup menanam anak perempuan hidup-hidup demi menjaga maruah mereka. Kaum wanita pada ketika itu dianggap seperti barangan dagangan dan mempunyai taraf yang cukup rendah.
Ironinya sudah banyak persamaan yang kita telah temui pernah dilakukan di zaman Jahiliyyah di perlakukan semula di zaman yang dikatakan moden dan bertamadun ini. Mungkin jugak lebih dasyat dari zaman Jahiliyyah, sudah 1001 peristiwa yang saya rasa anda semua pernah didedahkan melalui media massa dan internet untuk membuktikan Kejahiliyyahan masyarakat kita.
Dalam kes buang dan bunuh bayi ini, sekurang-kurang masyarakat Jahiliyyah hanya menanam dan membunuh anak perempuan mereka, namun di zaman kita yang moden ini, tidak kira jantina, semuanya jadi mangsa manakala zaman Jahiliyyah sekurang-kurangnya mereka menanam bayi tersebut, walhal di zaman masyarakat yang dikatakan cerdik pandai dan bertamadun ini pula mayat bayi yang tidak diingini dibuang di merata-rata tempat seperti tandas, tempat buang sampah dan sebagainya.